Senarai Blog Saya

Jumaat, 3 Disember 2010

Sedikit Pelaburan untuk Hari Esok

Alhamdulillah tanggal 3/12/2010 ALLAH izinkan diri ini 'round2 kota KL'.

Kisahnya bermula apabila hati terdetik untuk memiliki Printer yang boleh scan dan juga fotostat, lalu kucapai telefon lantas menghubungi ibu yang jauh di Thailand sana (sebenarnya tak jauh sangat pun).

Kudapatkan izinnya. Jam 3 petang, dengan bertemankan roomate, aku meninjau printer yang paling murah tetapi berkualiti. Alhamdulillah dapat juga akhirnya, RM 290 semuanya. Digital Mall nama tempat tu, dekat je dengan UM ni, pergi naik kereta kawan yang baik, hehehe.
Itu pelaburanku untuk PhD ini.

Selepas asar, pergi pulak ke Sunway, nek kereta roomate tadi, awalnya just temankan dia beli hadiah perkahwinan temannya, tapi kujuga beli sama, untuk sahabatku yang akan mendirikan rumahtangganya.
Pelaburan kedua semoga hidupnya bahagia.

Di Sunway tadi, kubelikan buku lukisan untuk sepupu2ku yang masih kecil.
Pelaburan ini untuk masa depannya, semoga dapat juga dia belajar, sikit pun takpe.

Pelaburan terakhir untuk akhiratku, di Popular dalam Sunway juga, kuhadiahkan diri ini sebuah diari Muslim 2011 agar diri ini termuhasabah sentiasa. yang paling membahagiakan, ALLAH izinkan aku memliki Al-Quran dengan terjemahan bahasa Melayu, semoga ayat-ayat ALLAH ini sentiasa menemani hidupku di dunia juga akhirat.

Pelaburan, semoga kita sentiasa melabur, untuk hari akhirat, hari esok, yang kekal selamanya.

Khamis, 2 Disember 2010

Rintihan Qalbu

IBU, andai kumampu, anakmu ini takkan mengecewakan IBU lagi.

Sudah cukup anakmu ini mengguris hati kecilmu IBU.

anakmu ini berjanji takkan melakukan kesilapan lagi.

IBU, sedayanya anakmu telah lakukan IBU, namun anakmu hanya insan biasa, yang sering terleka dibuai keindahan sementara ini.

IBU, maafkan anakmu ini, kerena seringkali nasihat IBU diabaikan begitu saja.
IBU, maafkan juga kerana kerap kali anakmu biarkan pedoman IBU tak terjaga.

IBU, maafkan anakmu ini kerana anakmu belum berjaya jadi anak sebaik yang IBU sangkakan.

اللهم اغفر لي ولوالديّ وارحمهما كما ربياني صغيرًا

YA ALLAH, Tuhan yang Maha Pengasih, kasihanilah Ibuku Ya ALLAH.
YA GHAFUR, Tuhan yang Maha Pengampun, ampunilah dosa kami ini.
Amin