Senarai Blog Saya

Jumaat, 8 November 2013

Alam Kerjaya



Hebatnya ALLAH yang Maha Pemberi kerana DIA mengizinkan diri ini melalui alam kerjaya yang berbeza-beza...


Bermula awal tahun 2013, di Centre of Quranic Research (CQR), bertempat di Wisma R&D, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Di sini, sebagai Pembantu Tadbir... diri ini dapat berkenalan dengan saff-saff Ulama yang terdiri daripada;

1. Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff 

2.  Prof. Dr. Mujahid M. Bahjat 

3. Dr. Ahmad K. Kasar 

4. Dr. Raja Jamilah Binti Raja Yusof 

5, Dr. Nazean Binti Jomhari 
   
Selain dari mereka yang di atas ada lagi yang lain... maaf la ye tak bagitahu...

Tapi sekejap saja diri ini berada di CQR ni, dari awal Januari sampai akhir April...


Seterusnya, selepas raya puasa (Syawal-Zul Hijjah) diri ini diizinkan ke Akademi Fakih Intelek (https://www.facebook.com/Akademi.Fakih.Intelek), sebagai seorang trainer, buat seketika... 

Alhamdulillah di sini, berkenalan dengan lebih dekat dengan Dr. Nazean Binti Jomhari ... Selain dari beliau, diri ini kembali bertemu dengan Pensyarah USIM, Ustaz Akyairee MRaus... (https://www.facebook.com/al.akhyari)... 

Ada satu lagi, seorang Pengasas Kaedah Fakih, Ustazah Nor Aziah Mohd Daud (https://www.facebook.com/noraziah.mohddaud.1?fref=ts)...



Bermula tahun baru hijrah, walaupun masih lagi dalam tahun lama masihi, diri ini merantau pula ke Pahang Darul Makmur. Lebih tepat lagi ke MTF (Maahad Tahfiz Faqeh)...

Ustazah Aziah Pengasas Kaedah Fakih juga merupakan Pengasas kepada MTF ni.

Untuk makluman la... Buat masa ni, MTF ada Taska Faqeh, Tadika Fakih, Sekolah Rendah Faqeh, Sekolah Menengah Faqeh...





Selasa, 26 April 2011

Sahabatku sakit

Semalam, bersama seorang adik kolej, Fasihah Ibrahim, kami pergi ke PPUM, untuk melawat seorang sahabat, Wan Nuha Yusrina. Mungkin kamu juga mengenalinya, dia adalah bekas kawan sekuliah dengan kita sewaktu di FPQS,USIM dahulu. Mungkin juga kamu mengenalinya atas dasar seorang pelajar Master di JQH, UM. Atau mungkin juga kamu tidak meangenalinya.

Apa ceritanya??? Kak Nuha sakit pada limpa dan paru-parunya. 3 April 2011 dia dimasukkan ke wad di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Beberapa hari kemudian, doktor nak bedah dia, dah ditambah darah, tapi sebab dia terlalu tak bermaya, doktor hanya tebuk saja.

Untuk mengeluarkan air dari limpanya, ditebuk di tepi pinggang. 20 April, doktor tebuk pula belakangnya untuk keluarkan air dari paru-parunya. Semalam pula, 25 April, kalau diikutkan dia dah dibenarkan balik, tapi dia sesak nafas pula, doktor x-ray masih ada air dalam paru-parunya. Jadi, dia ditebuk lagi di belakangnya.

Semua kawan-kawan yang mengenali ataupun tidak mengenalinya, sama-sama kita doakan keselamatan kawan kita ye.

Ahad, 20 Mac 2011

لا حول ولا قوة إلا بالله

لا حول ولا قوة إلا بالله

Tiada daya untukku melaksanakan AMAR MAKRUF, dan tiada upaya untukku NAHI MUNGKAR kecuali dengan izin dari ALLAH Penciptaku dan jua Pencipta segala makhluqNYA.

Ujian, cubaan, godaan, dan cabaran!!!!!!!!!!!!!!

Bagaimana harus kuhadapi semuanya ini???

Aku hampir putus asa, aku hampir tak berdaya, dan aku hampir terjatuh.
Namun semuanya itu, telah kukatakan, HAMPIR, belum berlaku.

لا حول ولا قوة إلا بالله

Tetiba kalimah ini terkeluar dari mulutku ini.

aku hampir terlupa pada ALLAH!!!
إنا لله وإنا إليه راجعون


الحمد لله
Kau bangkitkan aku kembali.
Kau tenangkan jiwaku yang resah ini.
Kau tak pernah lupakan hambaMU yang penuh dosa ini.

Maafkanku Ya ALLAH,
kerana aku hampir menjadi hamba yang alpa.

Ya ALLAH kuatkanlah iman hambaMU ini
agar dapat kulalui jalan berliku ini dengan sebaiknya.

Ya ALLAH jangan Kaubiarkan diriku mengemudi hati ini
kerana nafsu dalam diri terlalu hebat pengaruhnya pada qalbi.

Ya ALLAH bimbinglah jiwaku ini ke arah rahmat dan maghfirahMu Ya ALLAH

Isnin, 28 Februari 2011

SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA!

Kata ibuku, SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA.



SELAMAT, itu satu doa semoga kita terus menerus selamat.
Selamat dari segala bala bahaya,
selamat dari gangguan nafsu syaitan,
selamat dari musuh-musuh Islam,
selamat semuanya, itu hendaknya.

BERJUANG, ianya satu keazaman.
Berjuang tidak semestinya dengan mata pedang,
mungkin perjuangan kita dengan mata pena,
mungkin juga dengan sedikit harta benda,
itu semua satu perjuangan.

Namanya pun perjuangan, maknanya...
tiada kesenangan yang berpanjangan,
namun, bahagia haqiqi akan dirai nanti.


UNTUK, kenapa ibu tidak guna KERANA?
Ada beza sebenarnya antara UNTUK dan KERANA.
UNTUK biasanya digunakan pada sesuatu yang mendatang,
apa arah tujuan, itulah UNTUK.
KERANA biasanya ada sebab kita bertindak.
- KERANA datang dulu, - UNTUK datang kemudian.

Ya, kita kena bangkit berjuang UNTUK ...
bukan sekadar kita berjuang KERANA...


AGAMA, tak perlulah nak tambah Islam,
kita semua dah faham, الدين itu دين الاسلام.

Kenapa kena berjuang untuk agama???
Bukanlah kerana kita perlu tolong agama sebenarnya,
tapi kita nak tolong diri sendiri,
agar lebih memahami apa gunanya kita beragama.


SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA!
Terima kasih ibu atas segalanya.

Moga ada manfaatnya, amin.

Jumaat, 25 Februari 2011

Kalu juruh, ma saye

الحمد لله
Kitab yang akan dijadikan bahan tesis, dah habis kubaca untuk first round.

Untuk mengkhabarkan berita gembira ini, maka aku menelefon ibu, syukur, ibu juga bahagia, kuteka.

"Ada apa2 yang ma nak pesan tak?", kutanya. Aku juga memberitahu ibu bahawa aku menyayanginya.
Dan, aku bertanya, "ma sayang kak juga, betul tak?"

Jawab ibu, "kalu juruh, ma saye"
Kusambung, "kalau tak, tak pasti, kan?"
Ma terus jawab, "tak juruh, ma tak saye"

Kamu semua faham tak bahasa kelate ni?
okey la, agar lebih mudah difahami, kuhuraikan.

Mafhum kata ibuku,
Andai aku jadi anak solehah (sebagaimana yang didoakannya selalu), ibu akan terus sayang padaku.
Namun, andai aku tidak soleh (نعوذ بالله من ذلك), ibu tidak lagi sayang padaku!

Jadi, mungkin kita boleh kata, Sayang ibu bersyarat!
Syaratnya aku jadi SOLEHAH, itu saje!

Belajar bagi dapat ilmu

Hari ni, ibu pesn padaku;
kak, belajar bagi dapat ilmu banyak-banyak deh.

Terdiam seketika, kenapa ibu kata begitu?
Pasti ada sesuatu di sebalik setiap kata ibu yang berhikmah itu.

Ya, kumengerti ibu, kini kufaham apa yang tersimpan di sebalik kata-kata itu;
Ramai yang belajar, tetapi tak dapat ilmu.
Mungkin ada kesilapan pada niatnya,
barangkali niatnya hanya untuk dapat sijil,
mungkin juga belajar untuk upgrade gaji, mungkin!

Hakikatnya ilmu itu ada di mana-mana,
kita juga boleh belajar dari sesiapa jua.
Apa yang membezakan pelajar dan insan lain, hanya formal ataupun tidak, itu saja.
Betul tak pandangan ni?

Belajar bagi dapat ilmu!!!
๋่Jangan pula kita sekadar belajar, tapi tak dapat ilmu, rugi besar!
Ilmu yang kita dapat pula tu, biarlah ilmu yang bermanfaat,
yang lagi penting, kita sendiri, yang dah dapat ilmu ni, manfaatkanlah ilmu yang ada.

Ada ilmu saja, tak cukup, kena amalkan.
kalau mampu, sebarkan, agar insan lain juga dapat ilmu, kita dapat pahala.
Tapi ingat tu, hanya sebarkan ilmu yang bermanfaat.
Moga2 ada insan lain yang dapat memanfaatkan ilmu itu, إن شاء الله

Hebat sungguh kata ibu, ringkas tetapi padat;
KAK, BELAJAR BAGI DAPAT ILMU BANYAK-BANYAK DEH!

Ahad, 20 Februari 2011

Perancangan!

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebuah kisah ingin kuceritakan!

Isnin kutiba di UMKL untuk memulakan semula tesisku yang tertangguh.

Selasanya cuti, sempena Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم

Rabu di mainlib UM, mencari matan hadith yang tersembunyi di sebalik bahasa pengarang, agak pening.

Khamis adalah hari yang amat berat dirasa.
Tanpa disangka, aku mendengar perbincangan Dr Ishak, lantas kutanyakan pandangannya.
Apa yang diberitahu amat menggembirakan, ada cadangan tajuk baru untukku.
Kaji tentang Dr ABdul Hayei, penerima Anugerah Perdana Maulidurrasul!
Hebat, syukur, alhamdulillah.
Namun ini bukan tajuk tesisku, Dr Faisal yang merupakan Penyeliaku tak setuju.
Esok katanya kita buncang sungguh2!

Jumaat, hari yang mulia, Dr Faisal cadangkan aku mengkaji kitab baru (bagiku).
Kitab yang telah dikaji oleh Dr Hilaluddin Abdullah alQari (Pensyarah KIAS) untuk PhDnya.
Tapi belum habis dikaji, ini peluang dan ruang untukku, alhamdulillah.

Now, kitab aljawhar almauhub jadi pilihan.
Moga ini yang TERBAIK untukku dan untuk seluruh alam, amin!