Senarai Blog Saya

Jumaat, 25 Februari 2011

Kalu juruh, ma saye

الحمد لله
Kitab yang akan dijadikan bahan tesis, dah habis kubaca untuk first round.

Untuk mengkhabarkan berita gembira ini, maka aku menelefon ibu, syukur, ibu juga bahagia, kuteka.

"Ada apa2 yang ma nak pesan tak?", kutanya. Aku juga memberitahu ibu bahawa aku menyayanginya.
Dan, aku bertanya, "ma sayang kak juga, betul tak?"

Jawab ibu, "kalu juruh, ma saye"
Kusambung, "kalau tak, tak pasti, kan?"
Ma terus jawab, "tak juruh, ma tak saye"

Kamu semua faham tak bahasa kelate ni?
okey la, agar lebih mudah difahami, kuhuraikan.

Mafhum kata ibuku,
Andai aku jadi anak solehah (sebagaimana yang didoakannya selalu), ibu akan terus sayang padaku.
Namun, andai aku tidak soleh (نعوذ بالله من ذلك), ibu tidak lagi sayang padaku!

Jadi, mungkin kita boleh kata, Sayang ibu bersyarat!
Syaratnya aku jadi SOLEHAH, itu saje!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan