Senarai Blog Saya

Ahad, 20 Februari 2011

Perancangan!

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebuah kisah ingin kuceritakan!

Isnin kutiba di UMKL untuk memulakan semula tesisku yang tertangguh.

Selasanya cuti, sempena Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم

Rabu di mainlib UM, mencari matan hadith yang tersembunyi di sebalik bahasa pengarang, agak pening.

Khamis adalah hari yang amat berat dirasa.
Tanpa disangka, aku mendengar perbincangan Dr Ishak, lantas kutanyakan pandangannya.
Apa yang diberitahu amat menggembirakan, ada cadangan tajuk baru untukku.
Kaji tentang Dr ABdul Hayei, penerima Anugerah Perdana Maulidurrasul!
Hebat, syukur, alhamdulillah.
Namun ini bukan tajuk tesisku, Dr Faisal yang merupakan Penyeliaku tak setuju.
Esok katanya kita buncang sungguh2!

Jumaat, hari yang mulia, Dr Faisal cadangkan aku mengkaji kitab baru (bagiku).
Kitab yang telah dikaji oleh Dr Hilaluddin Abdullah alQari (Pensyarah KIAS) untuk PhDnya.
Tapi belum habis dikaji, ini peluang dan ruang untukku, alhamdulillah.

Now, kitab aljawhar almauhub jadi pilihan.
Moga ini yang TERBAIK untukku dan untuk seluruh alam, amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan