Senarai Blog Saya

Jumaat, 3 Disember 2010

Sedikit Pelaburan untuk Hari Esok

Alhamdulillah tanggal 3/12/2010 ALLAH izinkan diri ini 'round2 kota KL'.

Kisahnya bermula apabila hati terdetik untuk memiliki Printer yang boleh scan dan juga fotostat, lalu kucapai telefon lantas menghubungi ibu yang jauh di Thailand sana (sebenarnya tak jauh sangat pun).

Kudapatkan izinnya. Jam 3 petang, dengan bertemankan roomate, aku meninjau printer yang paling murah tetapi berkualiti. Alhamdulillah dapat juga akhirnya, RM 290 semuanya. Digital Mall nama tempat tu, dekat je dengan UM ni, pergi naik kereta kawan yang baik, hehehe.
Itu pelaburanku untuk PhD ini.

Selepas asar, pergi pulak ke Sunway, nek kereta roomate tadi, awalnya just temankan dia beli hadiah perkahwinan temannya, tapi kujuga beli sama, untuk sahabatku yang akan mendirikan rumahtangganya.
Pelaburan kedua semoga hidupnya bahagia.

Di Sunway tadi, kubelikan buku lukisan untuk sepupu2ku yang masih kecil.
Pelaburan ini untuk masa depannya, semoga dapat juga dia belajar, sikit pun takpe.

Pelaburan terakhir untuk akhiratku, di Popular dalam Sunway juga, kuhadiahkan diri ini sebuah diari Muslim 2011 agar diri ini termuhasabah sentiasa. yang paling membahagiakan, ALLAH izinkan aku memliki Al-Quran dengan terjemahan bahasa Melayu, semoga ayat-ayat ALLAH ini sentiasa menemani hidupku di dunia juga akhirat.

Pelaburan, semoga kita sentiasa melabur, untuk hari akhirat, hari esok, yang kekal selamanya.

Khamis, 2 Disember 2010

Rintihan Qalbu

IBU, andai kumampu, anakmu ini takkan mengecewakan IBU lagi.

Sudah cukup anakmu ini mengguris hati kecilmu IBU.

anakmu ini berjanji takkan melakukan kesilapan lagi.

IBU, sedayanya anakmu telah lakukan IBU, namun anakmu hanya insan biasa, yang sering terleka dibuai keindahan sementara ini.

IBU, maafkan anakmu ini, kerena seringkali nasihat IBU diabaikan begitu saja.
IBU, maafkan juga kerana kerap kali anakmu biarkan pedoman IBU tak terjaga.

IBU, maafkan anakmu ini kerana anakmu belum berjaya jadi anak sebaik yang IBU sangkakan.

اللهم اغفر لي ولوالديّ وارحمهما كما ربياني صغيرًا

YA ALLAH, Tuhan yang Maha Pengasih, kasihanilah Ibuku Ya ALLAH.
YA GHAFUR, Tuhan yang Maha Pengampun, ampunilah dosa kami ini.
Amin

Ahad, 28 November 2010

Sekadar makluman

Kepada semua pengunjung blog ana, pertamanya mohon maaf atas kelewatan melakar coretan di blog ini.

Sahabat, ada baiknya sekiranya antum ada masa terluang, mengunjungi satu lagi blog ana
http://taklifatummah.blogspot.com

Blog yang ana nyatakan, juga blog ana, yang ana reka sewaktu ana terlupa kata kunci untuk blog ni.

Alhamdulillah, sekarang ni ana dah dapat kata kunci tu, jadi ada kalanya ana masukkan entry di sana, ada kalanya di sini.

Semoga dapat manfaat dari coretan ana yang tak seberapa ni

Khamis, 21 Oktober 2010

Patah Hati???

Cinta sepatutnya diberi pada yang selayaknya.
Kenapa kita mendambakan cinta yang biasa?
Jika cinta biasa yang dicari, mula lah patah hati.
Andai terasa patah hati, apa nak buat???
Pesan pada diri, janganlah begitu.
Ujian ALLAH diberi hanya kepada hamba yang dikasihiNYA.
Oleh itu, jangan terlalu mengharap pada...
kasih manusia yang mungkin akan berubah menjadi benci.
Rindulah hanya pada Yang Satu,
pasti kita bahagia buat selamanya.
kerana DIA setiasa menyayangi kita,
Buat mereka yang dikasihi,
mungkin kita tak bisa berjumpa di dunia,
terpisahnya kita hanya sementara,
agar mampu kita hidup di Syurga sana buat selamanya
bersama DIA yang
masih setia menanti kita.

Pesan pada diri

Kata hukama':
hidup kita hanya ada 3 saat.
Saat yang berlalu'
Ambillah pengajaran, jangan dikesali,
kerana kita tak bisa undur lagi
Saat Sekarang:
buat yang terbaik,
hanya ini yang kita alami sekarang
Saat mendatang,
usah terlalu risau,
kerana ia belum muncul lagi
kesimpulannya:
Usah dibimbang perkara yang TELAH dan AKAN berlaku,
Kerana apa yang perlu adalah kita lakukan yang terbaik untuk masa SEKARANG.
Duhai diri, cita-citamu jangan dipadamkan begitu saja.
Impianmu juga bakal jadi nyata.............andai semangatmu masih kuat.
Mungkin, jalan yang akan dilalui penuh berliku, namun.......
Luruskan hati hadapi segala ujianNYA.
Ingatlah:
Yakin diri+tambah ilmu =
berjaya mencapai redha ALLAH

Perjuangan itu

Pejuang tidak pernah mengeluh



Pejuang tidak juga berehat panjang



Kerana dia sedar perjuangan itu tiada penghujungnya


Yakin dirinya itu melambangkan keyakinannya pada ALLAh, Penentu segalanya.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Software yang berguna

Di sini ada satu software yang sangat berguna.
http://tanzil.info/
Laman ini ada pasal al-Quran.
Sesiapa yang berminat boleh cuba click di situ.
Ada bacaan pelbagai qari, ada terjemahan dalam pelbagai bahasa, boleh cari perkataan yang sama, dan macam2 lagi la ada.
Cuba2 ye, semoga bermanfaat.

Isnin, 16 Ogos 2010

Senyumla sikit

Sejak dari dulu, aku suka melihat senyuman. Tak kiralah senyuman sendiri ke senyuman anak2 kecil ke ataupun senyuman sesiapa saja.

Hari ini, apa yang kuhajati belum tercapai, semalam aku didorong oleh tekanan (bunyinya pelik kan? sebenarnya tekanan boleh jadi dorongan, begitulah sebaliknya mengikut cara penerimaan kita), hasilnya senyumanku sudah suram.

Kalau sebelum ni aku pernah bagitahu kawan2 agar senyum, hari ni dia pula yang menyuruhku senyum.

Huhuhuhu, susahnya senyum ketika hati tak tenang, tapi itulah yang sepatutnya ditunjukkan.

Senyum ketika senang tand kita syukur, senyum ketika susah tandanya radha dan sabar, SENYUM2LAH SELALU

Rabu, 11 Ogos 2010

Kejayaan@Kesederhanaan?

Pagi ini aku bersembang dengan seorang junior. Dia seorang yang hebat, anak cucu salah seorang ulama'. Seronok mengenalinya. Banyak pandangan yang diberikan, alhamdulillah.

Apa yang hendak kubincangkan di sini, pada satu pandangannya. Apa? Kenapa? Apa kaitannya?

Katanya pada kebiasaannya, resultnya bukanlah yang terbaik. biasa2 saja. bukan kerana dia tak mampu untuk mencapainya, tetapi dia bimbang andai resultnya bagus hanya di pandangan manusia, bukan pada pandangan Pencipta. jadi usahanya untuk mendapat keputusan yang cemerlang tidak dilakukan dengan sebaiknya.

Sebahagian pandangan dia, aku setuju. bimbang andai result bagus hanya di pandangan manusia, bukan pada pandangan Pencipta. tetapi yang tak setuju ialah usahanya untuk mendapat keputusan yang cemerlang tidak dilakukan dengan sebaiknya. Ini yang tak setuju.

bagi pandanganku , result yang baik tidak menghalang kita dari jadi seorang hamba yang baik. Baik di mata manusia bukan penghalang baik di pandangan ALLAH.

SUNNATILLAH DAN SYRIATULLAH PERLU SEIRING agar kita dapat jadi HAMBA DAN JUGA KHALIFAH yang baik.

Rabu, 21 Julai 2010

DOA IBU

Pernah tak kita bilang berapa banyak doa kita untuk ibu kita? Atau sebenarnya kita tidak mendoakannya?

Apa yang pasti, seorang ibu akan terus menerus mendoakan kita, samada doakan kejayaan, kebahagiaan dan sebagainya.

Kenapa ibu tidak jemu? Kasih sayangnya kepada kita mengatasi segala kasihnya pada insan sekelilingnya, setelah ALLAH dan RASULNYA. itu yang pasti.

Ya ALLAH, aku di sini jauh dari ibu, tetapi aku menyayanginya. Ya ALLAH, jagalah ibuku dari segala bala bahaya, dari segala godaan dan hasutan syaitan. Ya ALLAH, tabahkanlah hatinya untuk hadapi segala ujianMU, AMIN

Selasa, 20 Julai 2010

Ujian! Ujian!

Selama hampir setahun Dia tidak menguji kesihatanku, tiba2 hari ni aku diuji.

Ya ALLAH kenapa aku diuji sebegini? tak larat nak tanggung rasanya. BERATNYA!


Setelah difikir semula, Kenapa kita sering mengeluh apabila diuji? Sedangkan ketika kita sihat, kurangla pulak syukur kita.
Ini tak adil sebenarnya.

DIA telah memberi tanpa perlu bayar, sekadar ingatan pun kita terlupa. Teruk ni.
Ketika sedikit DIA bagi ujian, seolah2 dirasa satu dunia terpikul kat bahu. Teruknya kita ni.

YA ALLAH ampunkanlah segala keurangan hambaMU ini, amin ya Rabb

Ahad, 18 Julai 2010

Hakikatnya lebih indah

Seorang adik datang mengadu, tiada insan yang memahaminya, apatah lagi memberi sokongan kepadanya. BENARKAH?

Apabila diteliti ayat 216 surah al-Baqarah, kita akan dapat memahami segalanya. Kenapa? Kerana pada ayat tersebut, ALLAH nyatakan bahawa 'dan mungkin kamu membenci sesuatu, sedangkan ia baik untukmu. Dan boleh jadi kamu menginginkan sesuatu sedangkan ia tidak baik untukmu, ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya'.

Ya, itulah adikku, mungkin hari ini kamu belum memahami apa yang berlaku, tapi yakinlah suatu hari nanti, kamu akan mengerti di sebalik setiap sesuatu yang terjadi. Pasti ada hikmah di situ.

Pada diri, jadilah insan yang memahami dan mengerti apa yang terjadi, carilah hikmah yang tersembunyi.

Khamis, 29 April 2010

Benarkah couple itu salah?

Setakat ilmu yang dipelajari, Syaitan tidak akan membiarkan manusia hidup dengan aman. apatah lagi kalau seorang itu seorang mu'min. Seboleh mungkin Syaitan akan cuba untuk melalaikan kita dari melaksanakan ibadah kepada Allah. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR sekarang hampir tiada. Kerana ramai di kalangan kita sudah terlupa tanggungjawab yang sebenar.

Seorang penuntut ilmu ALLAH hendaklah membersihkan hatinya dari segala bentuk maksiat. Tetapi apa yang kita dapat lihat sekarang, maksiat gewe terutamanya seolah2 telah menjadi budaya. TETAPI BUDAYA MAKSIAT!!! macammana nak dapat ilmu yang berkat kalau hati sudah berkarat???

Cinta memang fitrah, tetapi cinta yang tidak disertakan dosa itulah cinta sejati. Couple tidak menjanjikan kita untuk hidup bahagia. Ramai yang menggunakan alasan "orang ni memang calon teman hidupku dan aku ingin menjadikan dia suami@isteri yang baik". Tetapi kalau sebelum kahwin kita dah campur aduk maksiat dalam hidup, apakah itu tanda kita akan mendapat hidup bahagia haqiqi mengikut syariat ILAHI???

Mencari jodoh memang ada dalam ISLAM, caranya juga telah dinyatakan. Bagaimana cara??? Menggunakan orang tengah, itu sebaik2 cara... elak fitnah dan hati lebih tenang.

ALLAH dah tentukan jodoh untuk kita, jangan risau, yakinlah dengan ketentuan ALLAH, itulah sebaik2nya.

Isteri solehah hanya untuk suami soleh, begitulah sebaliknya. Tetapi kalau kita sendiri tak baik, mungkinkah kita akan dapat yang baik??? Fikir2kan, semoga kita mendapat cinta insani juga redha RABBI

Isnin, 19 April 2010

nikmat@niqmah?

Nikmat adalah anugerah kurniaan yang ALLAH berikan kepada kita, hanya kerana kasih sayangNYA. Nikmat yang diberi, andai tak disyukuri, ia akan menjadi niqmah (BALA).

Apa tidaknya? DIA memberi tanpa kita minta. Free of charge. tapi kita pula sewenang-wenangnya menyalah gunakan nikmat yang diberi. Maka di kala itu, yang diberi bukan lagi nikmat, bahkan itu niqmah.

Berhati-hatilah

Khamis, 15 April 2010

Syukur

Assalamu'alaikum

al-Hamdulillah kini dapat kutembusi kembali ruang blog ini setelah agak lama menyepi...

Juga syukurku kerana dengan izin-NYA kudapat menyambung pengajianku lagi... الحمد لله

Kepada sahabat sekalian, doakan diriku agar berjaya dalam ujian-ujian ini