Senarai Blog Saya

Selasa, 26 April 2011

Sahabatku sakit

Semalam, bersama seorang adik kolej, Fasihah Ibrahim, kami pergi ke PPUM, untuk melawat seorang sahabat, Wan Nuha Yusrina. Mungkin kamu juga mengenalinya, dia adalah bekas kawan sekuliah dengan kita sewaktu di FPQS,USIM dahulu. Mungkin juga kamu mengenalinya atas dasar seorang pelajar Master di JQH, UM. Atau mungkin juga kamu tidak meangenalinya.

Apa ceritanya??? Kak Nuha sakit pada limpa dan paru-parunya. 3 April 2011 dia dimasukkan ke wad di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Beberapa hari kemudian, doktor nak bedah dia, dah ditambah darah, tapi sebab dia terlalu tak bermaya, doktor hanya tebuk saja.

Untuk mengeluarkan air dari limpanya, ditebuk di tepi pinggang. 20 April, doktor tebuk pula belakangnya untuk keluarkan air dari paru-parunya. Semalam pula, 25 April, kalau diikutkan dia dah dibenarkan balik, tapi dia sesak nafas pula, doktor x-ray masih ada air dalam paru-parunya. Jadi, dia ditebuk lagi di belakangnya.

Semua kawan-kawan yang mengenali ataupun tidak mengenalinya, sama-sama kita doakan keselamatan kawan kita ye.