Senarai Blog Saya

Isnin, 28 Februari 2011

SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA!

Kata ibuku, SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA.



SELAMAT, itu satu doa semoga kita terus menerus selamat.
Selamat dari segala bala bahaya,
selamat dari gangguan nafsu syaitan,
selamat dari musuh-musuh Islam,
selamat semuanya, itu hendaknya.

BERJUANG, ianya satu keazaman.
Berjuang tidak semestinya dengan mata pedang,
mungkin perjuangan kita dengan mata pena,
mungkin juga dengan sedikit harta benda,
itu semua satu perjuangan.

Namanya pun perjuangan, maknanya...
tiada kesenangan yang berpanjangan,
namun, bahagia haqiqi akan dirai nanti.


UNTUK, kenapa ibu tidak guna KERANA?
Ada beza sebenarnya antara UNTUK dan KERANA.
UNTUK biasanya digunakan pada sesuatu yang mendatang,
apa arah tujuan, itulah UNTUK.
KERANA biasanya ada sebab kita bertindak.
- KERANA datang dulu, - UNTUK datang kemudian.

Ya, kita kena bangkit berjuang UNTUK ...
bukan sekadar kita berjuang KERANA...


AGAMA, tak perlulah nak tambah Islam,
kita semua dah faham, الدين itu دين الاسلام.

Kenapa kena berjuang untuk agama???
Bukanlah kerana kita perlu tolong agama sebenarnya,
tapi kita nak tolong diri sendiri,
agar lebih memahami apa gunanya kita beragama.


SELAMAT BERJUANG UNTUK AGAMA!
Terima kasih ibu atas segalanya.

Moga ada manfaatnya, amin.

Jumaat, 25 Februari 2011

Kalu juruh, ma saye

الحمد لله
Kitab yang akan dijadikan bahan tesis, dah habis kubaca untuk first round.

Untuk mengkhabarkan berita gembira ini, maka aku menelefon ibu, syukur, ibu juga bahagia, kuteka.

"Ada apa2 yang ma nak pesan tak?", kutanya. Aku juga memberitahu ibu bahawa aku menyayanginya.
Dan, aku bertanya, "ma sayang kak juga, betul tak?"

Jawab ibu, "kalu juruh, ma saye"
Kusambung, "kalau tak, tak pasti, kan?"
Ma terus jawab, "tak juruh, ma tak saye"

Kamu semua faham tak bahasa kelate ni?
okey la, agar lebih mudah difahami, kuhuraikan.

Mafhum kata ibuku,
Andai aku jadi anak solehah (sebagaimana yang didoakannya selalu), ibu akan terus sayang padaku.
Namun, andai aku tidak soleh (نعوذ بالله من ذلك), ibu tidak lagi sayang padaku!

Jadi, mungkin kita boleh kata, Sayang ibu bersyarat!
Syaratnya aku jadi SOLEHAH, itu saje!

Belajar bagi dapat ilmu

Hari ni, ibu pesn padaku;
kak, belajar bagi dapat ilmu banyak-banyak deh.

Terdiam seketika, kenapa ibu kata begitu?
Pasti ada sesuatu di sebalik setiap kata ibu yang berhikmah itu.

Ya, kumengerti ibu, kini kufaham apa yang tersimpan di sebalik kata-kata itu;
Ramai yang belajar, tetapi tak dapat ilmu.
Mungkin ada kesilapan pada niatnya,
barangkali niatnya hanya untuk dapat sijil,
mungkin juga belajar untuk upgrade gaji, mungkin!

Hakikatnya ilmu itu ada di mana-mana,
kita juga boleh belajar dari sesiapa jua.
Apa yang membezakan pelajar dan insan lain, hanya formal ataupun tidak, itu saja.
Betul tak pandangan ni?

Belajar bagi dapat ilmu!!!
๋่Jangan pula kita sekadar belajar, tapi tak dapat ilmu, rugi besar!
Ilmu yang kita dapat pula tu, biarlah ilmu yang bermanfaat,
yang lagi penting, kita sendiri, yang dah dapat ilmu ni, manfaatkanlah ilmu yang ada.

Ada ilmu saja, tak cukup, kena amalkan.
kalau mampu, sebarkan, agar insan lain juga dapat ilmu, kita dapat pahala.
Tapi ingat tu, hanya sebarkan ilmu yang bermanfaat.
Moga2 ada insan lain yang dapat memanfaatkan ilmu itu, إن شاء الله

Hebat sungguh kata ibu, ringkas tetapi padat;
KAK, BELAJAR BAGI DAPAT ILMU BANYAK-BANYAK DEH!

Ahad, 20 Februari 2011

Perancangan!

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebuah kisah ingin kuceritakan!

Isnin kutiba di UMKL untuk memulakan semula tesisku yang tertangguh.

Selasanya cuti, sempena Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم

Rabu di mainlib UM, mencari matan hadith yang tersembunyi di sebalik bahasa pengarang, agak pening.

Khamis adalah hari yang amat berat dirasa.
Tanpa disangka, aku mendengar perbincangan Dr Ishak, lantas kutanyakan pandangannya.
Apa yang diberitahu amat menggembirakan, ada cadangan tajuk baru untukku.
Kaji tentang Dr ABdul Hayei, penerima Anugerah Perdana Maulidurrasul!
Hebat, syukur, alhamdulillah.
Namun ini bukan tajuk tesisku, Dr Faisal yang merupakan Penyeliaku tak setuju.
Esok katanya kita buncang sungguh2!

Jumaat, hari yang mulia, Dr Faisal cadangkan aku mengkaji kitab baru (bagiku).
Kitab yang telah dikaji oleh Dr Hilaluddin Abdullah alQari (Pensyarah KIAS) untuk PhDnya.
Tapi belum habis dikaji, ini peluang dan ruang untukku, alhamdulillah.

Now, kitab aljawhar almauhub jadi pilihan.
Moga ini yang TERBAIK untukku dan untuk seluruh alam, amin!