Senarai Blog Saya

Khamis, 6 Januari 2011

Restart Again

Hidup ini penuh dengan ujian dari ALLAH yang Maha Penyayang.

Setahun berlalu menapak kaki di kotaraya ini, setahun sudah kubergelar pelajar Ijazah Tinggi, setahun juga aku habiskan masa, untuk sebuah tesis, untuk takhrij sebuah kitab jawi, Anak kunci Syurga, karangan Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Mandili.

Kitab ini sesuai dijadikan bahan bacaan umum, ringkas dan padat dengan hadith2 Nabawi. Kebanyakannya hadith yang digunakan bertaraf Sohih dan Hasan. BAGUS pada nilaianku.

2010 untuk kitab itu, bagus dibaca dan dikaji, namun tak cukup untuk tugasku.

Kembali mencari kitab baru, RESTART apa yang dilalui.
Kini kitab Bisyaaratul 'aamilin wa nazaaratul ghafilin menjadi idaman.
Semoga ianya cukup untuk dikaji, amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan