Senarai Blog Saya

Selasa, 3 Februari 2009

Amalan Elakkan Gangguan Jin

Dengan nama الله ana mulakan
Disebabkan sekarang terdapat pelbagai gangguan makhluq Allah yang bernam Jin, maka di sini ingin ana kongsikan bersama beberapa perkara yang boleh diamalkan
  1. Pastikan diri sentiasa dalam keadaan suci bersih, atau dengan kata lain hendaklah kita sentiasa berwudhu'
  2. Selepas selesai solat Subuh (jangan pula sengaja tak solat,dosa tu!), amalkan bacaan ini لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، يحيي ويميت وهو على كل شئ قدير. sebanyak 100 kali (sekejap je)
  3. Setiap pagi dan petang, baca pula بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم sebanyak 3 kali. Ditambah pula أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق pun 3 kali.
  4. Seboleh mungkin, baca Al-Qur'an 1 juzu' sehari, itu sekurang-kurangnya
  5. Sebelum tidur pula, ambil wudhu', baca al-Fatihah 21 kali dan Surah Al-Mulk 1 kali

begitulah 5 cara ringkas untuk pertahanan diri dari gangguannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan